Tuesday, May 25, 2010

Perfume



Wangian dan wanita tidak boleh dipisahkan. Semua wanita ingin kelihatan cantik, bergaya dan wangi.Adakah anda mempunyai hobi mengumpul minyak wangi...apakah haruman yang menjadi citarasa anda Ralph Lauren, Lancome, Channel, Giorgio Amani dll. Selalunya kalau org travel ke luar negara pasti membeli minyak wangi sebagai hadiah atau buah tangan..bestnya kalau org bagi kepada kita sebagai buah tangan. Sekarang nie byk sgt perfume tiruan yg berada di pasaran, dan dijual dgn harga yang lebih murah..adakah wangiannya sama dengan yang original..

Bagi sesetengah orang pula sangat sensitif pada bau-bauan , pasti saja terbersin setiap kali bau minyak wangi..sebenarnya saya nak tanya sesiapa yang biasa guna perfume, jenama antarabangsa manakah yang mempunyai bau yang lembut, segar dan menyenangkan hidung manusia lain..

Monday, May 24, 2010

ubat hilangkan parut

Pernah mendengar atau menggunakan tak ubat parut Mederma-skin care for scars. Kuat betul iklan ubat mederma ini dalam suratkhabrat..selalu ada. Ini menyebabkan saya terpengaruh untuk membelinya. Betul ke ubat ini boleh menghilangkan parut lama dan baru..parut-parut yang disebabkan oleh kemalangan, chicken pox, surgery, jerawat dll tak kira parut itu lama atau baru, boleh hilang...cuma ambil masa sedikit..saya pun nak pakai jugak nak menghilangkan pimple yang disebabkan oleh salah penggunaan kosmetik yang telah saya beli dan gunakan...tunggu dan lihat, boleh hilang ke tidak??..cuma rasa gatal2 lepas pakai..

Tuesday, May 18, 2010

Siapa Juara AF musim ke-8

Siapakah agaknya bakal juara Akademi Fantasia musim ke-8 ini....adakah berpihak kepada Shahir atau Adira, rasanya kedua-duanya berpeluang besar untuk memenangi juara atau naib juara.

Nama Penuh:

Siti Adira Bt. Suhaimi

Ahmad Shahir Zawawi

Tarikh Lahir:

19 September 1991

5 September 1988

Tempat Lahir:

Hospital Ranau, Sabah

Hospital Besar, Ipoh Perak

Umur :

19 tahun

21 tahun

Jantina:

Perempuan

Lelaki

Bangsa :

Kadazan

Dusun Melayu

Agama:

Islam

Islam

Tinggi :

152cm

168cm

Berat :

48kg

65kg

Status Perkahwinan:

Bujang

Bujang

Pekerjaan:

Menganggur

Pelajar Pusat Asasi UIA

Pendidikan Tertinggi:

SPM

Diploma kejuruteraan

Adik Beradik:

8 orang (bongsu)

5 orang (pertama)

Hobi:

Dengar radio, makan, tidur

Merancang masa hadapan



Monday, May 17, 2010

Seminggu Bersama Nuffnang

Just nak share dengan semua. So far lebih kurang seminggu berblogging. Pagi tadi check le kat akaun nuffnang. Tengok-tengok kat earnings ada RM0.75. Aik tak sangka, berblogging suka-suka pun ada income even tak banyak. Yalah lagipun masih baru dan banyak benda nak belajar kan.

Ni jumlah orang yang datang ke blog ni. Memang tak ramai 20 orang sehari. Masih jauh lagi. Terima kasih yang datang.

Friday, May 14, 2010

Apasal taknak ke sekolah


Anak aku buat hal taknak pergi sekolah ...apahal pulak..cikgu letakkan dia diantara 2 budak lelaki...kena buli habis le tue taknak pergi sekolah. Bila tanya kenapa taknak pergi, dia ckp budak x dan y tue jahat sangat..nak cucuk mata dia dengan pensel dan hari-hari bukunya kena conteng dengan pensel dan colour.. susah mummy nak padam, nak pergi sekolah lama, tak best sekolah nie..katanya. Kawan-kawan dia budak lima tahun sedangkan dia dah 6 thn, takde kwn-kwn yang 6 tahun...kesiannya. So hari nie pergi jumpa dengan cikgu kelasnya minta tukar ketempat lain..yg susahnya sekolah nie kalau anak kita takpernah sekolah kat situ, dia akan asingkan dengan murid-murid yang pernah belajar kat situ sampai belajar pun kena mula dr bawah.. kalau budak dah pandai proceed jelah....takpe kita bg cikgu dia terkejut sikit, bila exam nanti biar gempak..

Thursday, May 13, 2010

Telur oh telur


Inilah makanan kegemaran anak saya..telur, apa jua hidangan yang melibatkan telur pasti dia akan tersenyum gembira..perut yang baru diisi dengan makanan pun boleh jadi lapar dengan aroma telur. Kalau masak telur dadar ditambah dengan limau nipis dan masak dengan garang perhh baunya menusuk kalbu anakku....mummy, masak apa nie laparnya..terus menjenguk kat dapur, lapar menanti untuk dihidangkan..Walaupun pagi dah disediakan sandwhich telur, tengahari masih tidak lengkap jika telur tidak menjadi pelengkap kepada lauk pada waktu itu..masih bertanya..mummy lauk telur takde ke..mulalah taknak makan nasi....kita yang dewasa kalau makan hari-hari telur rasanya mahu le termuntah ...apapun saya tak bagi anak saya makan telur melebihi 2biji sehari.....sungguh ajaib kau telur dapat menawan hati anak ku............

Wednesday, May 12, 2010

Tudung Ariani-Jakel




Sekarang nie trend orang pakai tudung jenis yang ada owning..hampir semua le kedai, pasar2 dok jual tudung jenis ala-ala ekin gitu..tudung nie mula membanjiri pasaran selepas isteri Mawi, Ekin mula dok pakai tudung nie ditambah pula selepas kahwin dengan Mawi....aku pun terpengaruh jugak le beli tudung gini, tapi sebelum nie tak pernah pun nak cuba, tgk org pakai je....tapi tak pandai nak beli...lepas itu adik pun ajar le...minah tue ajar aku beli tudung Ariani kat jakel tue...mula2 aku taknak beli mahal....tapi beli dah beli dah pakai cam sedap pulak..sebab ariani nie ada jual saiz mengikut muka, bukannya saiz labuh macam kat kedai2 lain, so tak payahlah nak pakai brooch...pakai saut je kalau nak cepat....mula saat itu tue le beli sikit demi sikit....tapi yg tak puas hatinya kenapa owning tue macam mudah rosak, berkedut semacam....rasanya aku dah basuh dan lipat elok2..ada sesiapa mengalami masalah yang sama tak....

Tuesday, May 11, 2010

Budak remaja zaman sekarang


Budak-budak zaman sekarang, ganas-ganasnya, takut le...tak macam kita dulu-dulu..kalau ada pun sebilangannya sahaja yang betul-betul, jahat..even budak-budak sekolah sekarang dah pandai tengking-tengking cikgu, calarkan kereta.....baru-baru ini kat jusco wangsa maju budak perempuan remaja siap pakai uniform sekolah boleh bergaduh didepan org ramai yang tengah makan kat food court..siap baling kerusi (macamlah kerusi itu dia yg punye), bergaduh pasal pakwe agaknya, mujurlah ada kawan dia redakan...org-org kat situ pun tak berani nak campur, karang tak pasal di balingkan kerusi.....isk..isk..iskk...didiklah anak kita sebaik mungkin supaya menjadi anak yang berilmu dan berakhlak mulia...sekarang banyak pengaruh dan anasir-anasir buruk/negatif takut menjadi ikutan anak-anak kita....

Monday, May 10, 2010

Peminat Cerita Korea??


Adakah anda diantara peminat drama-drama korea...Saya boleh dikatakan obses dengan cerita-cerita korea lebih-lebih lagi kalau hero dan heroinnya perghh meletup...drama korea yang mula-mula saya tengok adalah cerita winter sonata..heronya Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo. Pada masa itu ditayangkan di tv3, kalau tak silap le..lagu-lagunya pun menusuk kalbu..sejak dari itulah saya suka kumpul beli CD korea ( time tue takde DVD lagi), beli walaupun mahal..Antara-antara pelakon saya minati seperti Rain, Song Hye ko, Chae Rim dll..


Sunday, May 9, 2010

Macam Mana Datuk Siti Meraikan Hari Ibu

Terlambat nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu. Terbaca dalam kosmo mengenai macam mana Datuk Siti Nurhaliza meraikan hari ibu. Perayaan hari ibu dimulakan dengan datuk Siti menelefon bondanya dan mengucapkan kata-kata yang indah bagi menandakan kasih seorang anak kepada ibu tersayang.

Ibu Datuk Siti, Mak Mah masih ingat bahawa hdiah pertama dihadiahkan kepadanya adalah seutas rantai tangan dan kemudian diikuti pula dengan beg tangan dan jam.

Saturday, May 8, 2010

Baru Join Blog

Sekarang ni ramai yang buat blog so nak juga join. Anyway maybe boleh tunjuk ajar since hari ni saya baru aja buat first entry dan banyak benda nak belajar.

Tak tahu nak tulis apa, nanti kalau dah ada idea saya akan write more OK. So jangan lupa datang sini lagi ya. Bye.