Saturday, July 31, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf atau nama sebenar Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan, 26 tahun, Pulau Pinang kerana menjadi johan Imam Muda Astro Oasis musim pertama.

Gambar IM Asyraf bersama isteri beliau, Nurhusna Yusof, 23 masih belajar lagi UM.

Seorang lagi peserta akhir ialah Hizbur atau nama sebenar Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi, 27 tahun, Baling, Kedah.

Isteri IM Hizbur, Liliyana Hasanah Yudi berumur 23 tahun.

Tahniah kepada kedua-dua finalists dan juga 8 lagi peserta Imam Muda.

Nota: Gambar-gambar ini diambil daripada blog kakina. Untuk mengetahui lebih lanjut dan gambar-gambar boleh lawati kakinakl.

Friday, July 30, 2010

Earnings From Nuffnang Lebih RM1,000

Tadi masa blogwalking, jumpa satu blog, jardness, jumlah keseluruhan adalah RM1,072.21 dan beliau pertama kali cashout pada bulan Februari 2010. Mesti pelawat ramai ni dan memang aktif kot. Lagi satu followers pun lebih 700.

Monday, July 26, 2010

Tahniah, Malaysia 1 Korea Selatan 0

Credit: Utusan

Syabas buat Malaysia kerana berjaya mengalahkan Korea Selatan di dalam perlawanan persahabatan di bawah 23 tahun. Gol tersebut dijaringkan oleh Safiq Rahim.

Di dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ianya dihadiri oleh lebih kurang 30,000 penonton.

Semoga dengan kemenangan ini boleh menaikkan semangat pemain-pemain Malaysia untuk bekerja lebih keras lagi bagi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Wednesday, July 21, 2010

Keputusan Rayuan Permohonan Masuk Universiti, IPTA

Pada hari ini Rabu 21 Julai 2010, status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan SPM dan STPM boleh disemak mulai 12 tengah hari di UPU.

Semoga berjaya.

Tuesday, July 20, 2010

KFC Snack Box, Sedapnya

Tadi tengok iklan kat newspaper mengenai menu baru KFC iaitu KFC Snack Box. Ada tiga jenis kotak berlainan dan harganya bermula dengan RM4.30. Kena cuba ni, ada yang nugget, crispy strips dan juga chicken meatballs.

Sunday, July 18, 2010

Saham AB Taufan

KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.

Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.

Itulah antara inti pati / sinopsis dalam telefilem berjudul Saham Neraka yang telah disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, malam semalan. Telefilem terbitan Rumah Karya Citra ini adalah berdasarkan cerita, skrip dan arahan daripada Erma Fatima.

Ia membariskan pelakon handalan seperti Datuk Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Ahmad Tamimi Siregar dan Erma sendiri. Malahan ia turut menampilkan bakat muda, Akim. Turut membintangi telefilem ini ialah Enot, Anne Abdullah, Jue Aziz, Hasnah Hashim, Nizen Mikail dan Mohd Isfan Johar.

Saham Neraka mengisahkan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Halim, isterinya Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim ini pada mulanya tidak minat pada saham. Katanya saham riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.

Rozmi pula adalah pelajar universiti. Dia turut bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Senah dan Hamdan membeli kereta dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham.

Jamilah menjadi semakin cemburu. Rozmi pulang ke rumah kerana cuti. Dia ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim faham dan mula berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Senah dan Hamdan menjadi cemburu kerana pelanggan mereka semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim.

Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu.

Sumber: berita harian

Friday, July 16, 2010

Gambar Perkahwinan Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah

Antara gambar perkahwinan @ wedding of Nur Nadiah SM Nasimuddin dan Hamzah Alang Azman Shah (anak kepada tuan punya Holiday Villa Hotel).

Memang sungguh meriah betul dengan pelamin yang bergaya.

Thursday, July 15, 2010

Harga Minyak Diesel LPG Gula Naik 5 sen, 10 sen, 25 sen

Bermula 16 Julai 2010 minyak petrol RON95 naik 5 sen kepada RM1.85. Diesel pula naik 5 sen kepada RM1.75. Manakala RON97 mengikut harga semasa. Gula pula naik 25 sen kepada RM1.75. Gas memasak juga akan naik sebanyak 10 sen bagi 1kg mulai esok.

Sunday, July 11, 2010

Lirik Lagu Wanita - Shahir AF8

Adakah ini lirik lagu baru shahir wanita?

Lirik lagu Wanita


Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya di dukung seorang wanita

Berkorban untukmu
memberi yang mampu
Memberi sayang demi insan
yang di sanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kusayangkan dia
sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam senang dan susah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita

Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita

Saturday, July 10, 2010

Sinopsis Cerita Zoo


ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang gila-gila membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.

Menurut Shila, ramai pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.

Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.

Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.

Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.

Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.

Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?

Friday, July 9, 2010

Gambar Lisa Suriani Tanpa Mekap

Ni ambil gambar kat blog sensasi.com. Anda nilailah sendiri ya.

Ni satu lagi gambar beliau.

Thursday, July 8, 2010

Jangan Ukur Murid Melalui Exam Sahaja

Setuju benar dengan baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pencapaian pelajar tak harus diukur berdasarkan result exam sahaja.

Banyak lagi yang kita boleh ukur, i.e. kegiatan sukan, disiplin, pergaulan dan macam2 lagi le. Ianya perlu diukur secara total.

Check Keputusan MUET 8 Julai 2010, Khamis


Bagi calon yang mengambil Malaysian University English Test (MUET), keputusan boleh diketahui pada hari ini, Khamis, 8 Julai 2010 mulai 9.00 pagi dengan melayari www.mpm.edu.my.

Di samping itu, anda boleh mengambil keputusan pada pukul 10.00 pagi di sekolah atau institusi yang berkenaan.

Bagi calon persendirian, result akan dihantar melalui pos. Mereka juga boleh memeriksa keputusan melalui SMS dengan menaip nombor MUETIC dan hantar kepada 15888 from 12.01 tengah malam hari ini.

Good luck.

sumber: thestar

Monday, July 5, 2010

Mohd Juara Mentor 4

Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan bin Mohd Nor telah menjuarai Mentor 4 dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi. Mentor beliau adalah Ziana Zain. Beliau memperoleh 71 markah berbanding pencabar terdekat Adi 62 dan satu lagi peserta Nani 51 markah.

Sedikit mengenai biodata Mohd; dilahirkan di Johor Bahru pada 8 Oktober 1988, meminati tomyam dan warna kegemaran ialah biru. Tahniah diucapkan kepada Mohd dan Ziana Zain.

Saturday, July 3, 2010

Pasar Malam Pun Kena Ambil Nombor?

Semalam pergi ke pasar malam, taman melati, kuala lumpur. Jangan tak percaya kalau anda nak beli nasi kat sini kena ambil nombor.

Inilah nombor yang saya punya. Nasib baik pergi awal kalau tak lama le kena tunggu.

Ni antara makanan yang dijual.

Thursday, July 1, 2010

Pelakon Korea Bunuh Diri

Pelakon korea bunuh diri. Cerita ni memang hangat diperkatakan pada hari ini. Nama beliau adalah Park Yong-Ha berlakon di dalam Winter Sonata. Kalau tak silap Park Yong-Ha membunuh diri disebabkan tekanan kerja dan tanggungjawab menjaga bapanya yang menghidap kanser perut.