Sekarang ni ramai betul yang kahwin. Tapi persoalannya perlu ke hantaran yang tinggi. Boleh dikatakan sekarang ni hantaran paling minima ialah RM10,000. Yang tu tak termasuk dengan barang hantaran, kenduri kahwin, kos untuk juru gambar, solekan, pelamin dan macam-macam lagi.
Wednesday, February 13, 2013
Friday, March 11, 2011
Video Youtube Tsunami di Jepun
Video Youtube Tsunami di Jepun yang berlaku pada petang hari ini, 11 Mac 2011:
Semoga tsunami yang berlaku di Jepun tidak melanda negara-negara lain termasuk Malaysia. Memang ngeri juga tengok video di youtube ni.
Semoga tsunami yang berlaku di Jepun tidak melanda negara-negara lain termasuk Malaysia. Memang ngeri juga tengok video di youtube ni.
Wednesday, October 20, 2010
Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama
Sunday, October 10, 2010
Gambar Kahwin Sheikh Muzaffar dan Dr Halina
Gambar kahwin Sheikh Muzaffar dan Dr Halina. Tahniah diucapkan kepada pasangan Sheikh Muzaffar dan Dr Halina di atas perkahwinan ini. Boleh visit "Gambar kahwin datuk sheikh muzaffar dan Dr Halina" untuk gambar perkahwinan mereka pada 10 Oktober 2010.Semoga perkahwinan mereka diberkati dan dipermudahkan segala urusan di alam perkahwinan, maklumlah mereka dah bergelar suami isteri dan akan menempuhi alam baru.
Friday, September 24, 2010
Tiba-Tiba Hits Lebih 500
Terpegun betul setelah lama tak berblogging, buka check nuffnang, semalam hits melebihi 500 secara tiba-tiba. Bila check sekali lagi nampaknya ramai yang mencari mengenai perkahwinan anak SM Nasimuddin.Maybe yang ni tak kekal lagipun memang sudah berzaman tidak menulis disebabkan tak mempunyai kesempatan.
Tuesday, August 31, 2010
3 Months With Nuffnang
Guess what, I have been with Nuffnang for about 3 months. I admitted that I am not very active and do not really have time to write. But one thing I can say that it is quite fun when I write in my blog.For the last one week, my visitors mostly from search engines. The numbers are not big ranging from 10 and 21 per day. But it is OK since I know the reason why.
In term of income of course currently it is less than RM10. By the way, that's not the reason for me joining the wave of blogging. Just would like to say happy merdeka to all of you.
Thursday, August 19, 2010
Jam Terbesar Di Dunia Mekah
Jam terbesar di dunia berada di Mekah. Mengikut reuters, jam ini mula berdetik pada 11 Ogos 2010 (1 Ramadhan) dengan ketinggian 400 meter dan diameter 43 meter. Kos pembangunan jam tersebut menelan belanja sebanyak USD3 billion (RM9.45 billion). So inilah jam terbesar di dunia berada di Mekah.
Sunday, August 15, 2010
BLOG LIST BEN ASHAARI
Sekarang ni ben ashaari tengah buat blog list baru. so entry ni khas dibuat bagi membolehkan berada dalam bloglistnya. So kalau berminat jangan lupa terjah, benashaari.
Friday, August 13, 2010
Blackberry Diharamkan?
Blackberry diharamkan? Buat masa ini di Malaysia ianya masih dikaji oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Apa-apa pun sama ada blackberry diharamkan atau tidak kita tunggu pendirian Malaysia nanti.Kalau benar-benar blackberry ni mengancam keselamatan negara ianya patut diharamkan.
Monday, August 9, 2010
Tedung Pun Boleh Dicium?
Kisah Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan mencium ular tedung sangat mengagumkan orang ramai. Bayangkan sebelum ini lebih sebulan dia berada di dalam bilik kaca bersama-sama 100 ekor ular berbisa.Macam-macam ragam manusia kan?
Saturday, July 31, 2010
Asyraf Juara Imam Muda
Tahniah kepada Imam Muda Asyraf atau nama sebenar Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan, 26 tahun, Pulau Pinang kerana menjadi johan Imam Muda Astro Oasis musim pertama.
Gambar IM Asyraf bersama isteri beliau, Nurhusna Yusof, 23 masih belajar lagi UM.
Seorang lagi peserta akhir ialah Hizbur atau nama sebenar Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi, 27 tahun, Baling, Kedah.
Isteri IM Hizbur, Liliyana Hasanah Yudi berumur 23 tahun.Tahniah kepada kedua-dua finalists dan juga 8 lagi peserta Imam Muda.
Nota: Gambar-gambar ini diambil daripada blog kakina. Untuk mengetahui lebih lanjut dan gambar-gambar boleh lawati kakinakl.
Friday, July 30, 2010
Earnings From Nuffnang Lebih RM1,000
Tadi masa blogwalking, jumpa satu blog, jardness, jumlah keseluruhan adalah RM1,072.21 dan beliau pertama kali cashout pada bulan Februari 2010. Mesti pelawat ramai ni dan memang aktif kot. Lagi satu followers pun lebih 700.
Monday, July 26, 2010
Tahniah, Malaysia 1 Korea Selatan 0
Credit: UtusanSyabas buat Malaysia kerana berjaya mengalahkan Korea Selatan di dalam perlawanan persahabatan di bawah 23 tahun. Gol tersebut dijaringkan oleh Safiq Rahim.
Di dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ianya dihadiri oleh lebih kurang 30,000 penonton.
Semoga dengan kemenangan ini boleh menaikkan semangat pemain-pemain Malaysia untuk bekerja lebih keras lagi bagi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Wednesday, July 21, 2010
Keputusan Rayuan Permohonan Masuk Universiti, IPTA
Pada hari ini Rabu 21 Julai 2010, status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan SPM dan STPM boleh disemak mulai 12 tengah hari di UPU.Semoga berjaya.
Tuesday, July 20, 2010
KFC Snack Box, Sedapnya
Sunday, July 18, 2010
Saham AB Taufan
KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.
Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.
Itulah antara inti pati / sinopsis dalam telefilem berjudul Saham Neraka yang telah disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, malam semalan. Telefilem terbitan Rumah Karya Citra ini adalah berdasarkan cerita, skrip dan arahan daripada Erma Fatima.
Ia membariskan pelakon handalan seperti Datuk Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Ahmad Tamimi Siregar dan Erma sendiri. Malahan ia turut menampilkan bakat muda, Akim. Turut membintangi telefilem ini ialah Enot, Anne Abdullah, Jue Aziz, Hasnah Hashim, Nizen Mikail dan Mohd Isfan Johar.
Saham Neraka mengisahkan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Halim, isterinya Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim ini pada mulanya tidak minat pada saham. Katanya saham riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.
Rozmi pula adalah pelajar universiti. Dia turut bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Senah dan Hamdan membeli kereta dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham.
Jamilah menjadi semakin cemburu. Rozmi pulang ke rumah kerana cuti. Dia ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim faham dan mula berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Senah dan Hamdan menjadi cemburu kerana pelanggan mereka semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim.
Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu.
Sumber: berita harian

Friday, July 16, 2010
Gambar Perkahwinan Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah
Thursday, July 15, 2010
Harga Minyak Diesel LPG Gula Naik 5 sen, 10 sen, 25 sen
Bermula 16 Julai 2010 minyak petrol RON95 naik 5 sen kepada RM1.85. Diesel pula naik 5 sen kepada RM1.75. Manakala RON97 mengikut harga semasa. Gula pula naik 25 sen kepada RM1.75. Gas memasak juga akan naik sebanyak 10 sen bagi 1kg mulai esok.
Sunday, July 11, 2010
Lirik Lagu Wanita - Shahir AF8
Adakah ini lirik lagu baru shahir wanita?
Lirik lagu Wanita
Di sebalik semua lelaki di dunia
Lirik lagu Wanita
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya di dukung seorang wanita
Berkorban untukmu
memberi yang mampu
Memberi sayang demi insan
yang di sanjung dalam hidup
yang di sanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kusayangkan dia
sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam senang dan susah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita
Saturday, July 10, 2010
Sinopsis Cerita Zoo

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang gila-gila membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.
Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.
Menurut Shila, ramai pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.
Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.
Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.
Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.
Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.
Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?
Subscribe to:
Posts (Atom)