Monday, July 5, 2010

Mohd Juara Mentor 4

Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan bin Mohd Nor telah menjuarai Mentor 4 dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi. Mentor beliau adalah Ziana Zain. Beliau memperoleh 71 markah berbanding pencabar terdekat Adi 62 dan satu lagi peserta Nani 51 markah.

Sedikit mengenai biodata Mohd; dilahirkan di Johor Bahru pada 8 Oktober 1988, meminati tomyam dan warna kegemaran ialah biru. Tahniah diucapkan kepada Mohd dan Ziana Zain.

No comments: