Sunday, July 18, 2010

Saham AB Taufan

KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.

Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.

Itulah antara inti pati / sinopsis dalam telefilem berjudul Saham Neraka yang telah disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, malam semalan. Telefilem terbitan Rumah Karya Citra ini adalah berdasarkan cerita, skrip dan arahan daripada Erma Fatima.

Ia membariskan pelakon handalan seperti Datuk Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Ahmad Tamimi Siregar dan Erma sendiri. Malahan ia turut menampilkan bakat muda, Akim. Turut membintangi telefilem ini ialah Enot, Anne Abdullah, Jue Aziz, Hasnah Hashim, Nizen Mikail dan Mohd Isfan Johar.

Saham Neraka mengisahkan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Halim, isterinya Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim ini pada mulanya tidak minat pada saham. Katanya saham riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.

Rozmi pula adalah pelajar universiti. Dia turut bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Senah dan Hamdan membeli kereta dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham.

Jamilah menjadi semakin cemburu. Rozmi pulang ke rumah kerana cuti. Dia ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim faham dan mula berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Senah dan Hamdan menjadi cemburu kerana pelanggan mereka semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim.

Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu.

Sumber: berita harian

No comments: